Thursday, June 13, 2013

Jalan-jalan: Lake Beris Vineyard




                 Untuk mereka yang belum pernah melawat Ladang Anggur Tasik Beris di daerah Sik,anda bolehlah melawat    ladang anggur yang terletak jaraknya 70km atau kira2 sejam perjalanan dari Kulim Kedah,Ladang anggur yang dibuka setiap hari ini sesuai dilawati seisi keluarga.Anda boleh juga menikmati pemandangan indah tasik  buatan manusia dari arah Ladang Anggur Tasik Beris ini.
                Ladang Anggur ini adalah satu-satunya Ladang Anggur yang terbesar di Malaysia.Ladang ini dibuka setiap hari bermula pada pukul 9.00-6.30 ptg dan harga tiket masuk untuk dewasa hanya RM4.00 dan Rm2.00 untuk kanak2.Jika anda bernasib baik anda dapat memetik sendiri anggur untuk dibawa pulang.Terdapat pelbagai varieti anggur seperti black opal,black grape,white malaga dsbnya. Setelah penat melawat ladang anggur ini anda boleh melepaskan lelah dgn berehat dan bersantai di tepian tasik sambil membeli cenderamata dan juga pelbagai produk yang dihasilkan dari anggur yang dijual di Kedai Cenderamata ladang Anggur ini.Kemudahan seperti tandas,gerai makanan,tempat permainan kanak-kanak turut disediakan.Anda juga boleh menaiki bot untuk menjelajah sebahagian daripada kawasan Tasik Beris ini.untuk yang belum pernah berkunjung ke sini cubalah bawa keluarga anda ke sini.Anak anak pasti suka berkejaran melihat buah anggur yang bergantungan menanti untuk dipetik.Selamat Bercuti...

Jalan-jalan: Gunung Jerai

Pemandangan dari puncak Gunung Jerai.
The Regency Jerai Hill Resort: 986m dari aras laut.








              Kali ini kita jalan jalan pula ke puncak tertinggi di negeri Kedah ni,,Gunung Jerai...Gunung Jerai ni terletak lebih kurang 65 kilometer dari Kulim.Untuk sampai ke puncak Gunung Jerai dari bawah anda perlu melalui jarak 15 kilometer samada menaiki van yang disediakan dan dikenakan bayaran RM10 seorang atau memandu sendiri kenderaan anda sehingga sampai ke puncak.Pada hujung minggu ramai yang mengambil kesempatan hari cuti untuk bercuti bersama keluarga di sini.Ada yang mendaki ke puncak,ada yang berbasikal dan ada juga yang berkenderaan sendiri sehingga ke puncak.Tapi awas dan berhati2 kerana jalan untuk ke puncak agak curam dan berliku-liku.Sepanjang jalan menuju ke puncak terdapat dusun durian,air terjun,muzium hutan,trek aktiviti lasak dll.
              Satu-satunya Resort yang terdapat di puncak ialah The Regency Jerai Hills Resort.Untuk yang ingin menginap di sini anda boleh menempah bilik penginapan.Terdapat kemudahan kolam renang utk dewasa dan kanak2.Jika terasa lapar anda boleh singgah ke restoran Puncak Kedah.Makanan kat sini rasanya biasa2 sahaja.Seeloknya bawalah makanan dari bawah.Lebih jimat dan puas hati..Pemandangan menarik daerah Yan dapat dilihat dari puncak Gunung Jerai.Keadaan cuaca yang nyaman membuatkan anda tidak terasa panas mentari.Walaupun tak sesejuk Cameron Highlands dan Bukit Larut tetapi puncak Gunung Jerai ini ada tarikannya yang tersendiri.Tumbuhan dan flora tanah tinggi hidup subur di sini.jika anda bernasib baik dapat juga melihat tanaman strawberi diusahakan disini.Terdapat deretan pokok hydrangea yang berbunga cantik disekeliling resort ini,Pelbagai spesies orkid liar juga tumbuh dan hidup subur di sini.Pokok pokok orkid spesis phaelonopsis juga turut dijual disiniSelain itu terdapat spesis bromeliad yang ditanam sekeliling resort ini.Pemandangan diwaktu malam amat cantik dan suhu lebih dingin berbanding disebelah siang.
              Selesai menjelajah Puncak Gunung Jerai anda bolehlah turun semula ke bawah dan boleh mengelilingi daerah Yan dan juga melawat kawasan perusahaan ikan kering dan hasil laut di Tanjung Dawai.Untuk mereka yang tidak berkesempatan lagi ke sini bolehlah membawa keluarga anda berkunjung ke sini.Selamat Bercuti.....

Wajah baru Jun 2013




Saturday, April 13, 2013

Kelengkapan yang disediakan.








Pengenalan...

KEMUDAHAN:
3 bilik tidur, 2 bilik air. Bilik utama - katil berkembar, bilik kedua - 2 katil single, bilik ketiga - 1 katil single.
Bilik, ruang tamu, dapur dilengkapi kipas siling.
Bilik utama dilengkapi aircond.
Kemudahan & peralatan memasak lengkap. Peti sejuk, dapur, oven, rice cooker, toaster, water filter.
Kemudahan mesin basuh.
Kemudahan Astro & Wi-Fi.
Parking yang luas.
Kawasan kawalan keselamatan 24 jam.
Kawasan perumahan yang damai dan berhadapan taman permainan.

LOKASI BERHAMPIRAN:
5 minit ke Kulim Golf Country Resort
10 minit ke Politeknik Sultanah Bahiyah & UniKL
Berada dalam kawasan Kulim Hi-Tech Park
15 minit ke Kulim-Butterworth Expressway (BKE)
45 minit ke Butterworth & Pulau Pinang
30 minit ke Air Terjun Sedim
30 minit ke Lata Ulu Paip
60 minit ke Lata Bukit Hijau

HUBUNGI:
Kadar Sewa: RM180 / hari
Check in: 2pm, check out: 12pm
Booking: RM50
Tel: 019 4109197 (Shamsul), 019 5063494 (Rosmini)
Alamat: Taman Kulim Techno-City (KTC4), Kulim, Kedah.

** Prefer Muslims Only **