Thursday, June 13, 2013

Jalan-jalan: Gunung Jerai

Pemandangan dari puncak Gunung Jerai.
The Regency Jerai Hill Resort: 986m dari aras laut.








              Kali ini kita jalan jalan pula ke puncak tertinggi di negeri Kedah ni,,Gunung Jerai...Gunung Jerai ni terletak lebih kurang 65 kilometer dari Kulim.Untuk sampai ke puncak Gunung Jerai dari bawah anda perlu melalui jarak 15 kilometer samada menaiki van yang disediakan dan dikenakan bayaran RM10 seorang atau memandu sendiri kenderaan anda sehingga sampai ke puncak.Pada hujung minggu ramai yang mengambil kesempatan hari cuti untuk bercuti bersama keluarga di sini.Ada yang mendaki ke puncak,ada yang berbasikal dan ada juga yang berkenderaan sendiri sehingga ke puncak.Tapi awas dan berhati2 kerana jalan untuk ke puncak agak curam dan berliku-liku.Sepanjang jalan menuju ke puncak terdapat dusun durian,air terjun,muzium hutan,trek aktiviti lasak dll.
              Satu-satunya Resort yang terdapat di puncak ialah The Regency Jerai Hills Resort.Untuk yang ingin menginap di sini anda boleh menempah bilik penginapan.Terdapat kemudahan kolam renang utk dewasa dan kanak2.Jika terasa lapar anda boleh singgah ke restoran Puncak Kedah.Makanan kat sini rasanya biasa2 sahaja.Seeloknya bawalah makanan dari bawah.Lebih jimat dan puas hati..Pemandangan menarik daerah Yan dapat dilihat dari puncak Gunung Jerai.Keadaan cuaca yang nyaman membuatkan anda tidak terasa panas mentari.Walaupun tak sesejuk Cameron Highlands dan Bukit Larut tetapi puncak Gunung Jerai ini ada tarikannya yang tersendiri.Tumbuhan dan flora tanah tinggi hidup subur di sini.jika anda bernasib baik dapat juga melihat tanaman strawberi diusahakan disini.Terdapat deretan pokok hydrangea yang berbunga cantik disekeliling resort ini,Pelbagai spesies orkid liar juga tumbuh dan hidup subur di sini.Pokok pokok orkid spesis phaelonopsis juga turut dijual disiniSelain itu terdapat spesis bromeliad yang ditanam sekeliling resort ini.Pemandangan diwaktu malam amat cantik dan suhu lebih dingin berbanding disebelah siang.
              Selesai menjelajah Puncak Gunung Jerai anda bolehlah turun semula ke bawah dan boleh mengelilingi daerah Yan dan juga melawat kawasan perusahaan ikan kering dan hasil laut di Tanjung Dawai.Untuk mereka yang tidak berkesempatan lagi ke sini bolehlah membawa keluarga anda berkunjung ke sini.Selamat Bercuti.....

No comments:

Post a Comment