Thursday, June 13, 2013

Jalan-jalan: Lake Beris Vineyard




                 Untuk mereka yang belum pernah melawat Ladang Anggur Tasik Beris di daerah Sik,anda bolehlah melawat    ladang anggur yang terletak jaraknya 70km atau kira2 sejam perjalanan dari Kulim Kedah,Ladang anggur yang dibuka setiap hari ini sesuai dilawati seisi keluarga.Anda boleh juga menikmati pemandangan indah tasik  buatan manusia dari arah Ladang Anggur Tasik Beris ini.
                Ladang Anggur ini adalah satu-satunya Ladang Anggur yang terbesar di Malaysia.Ladang ini dibuka setiap hari bermula pada pukul 9.00-6.30 ptg dan harga tiket masuk untuk dewasa hanya RM4.00 dan Rm2.00 untuk kanak2.Jika anda bernasib baik anda dapat memetik sendiri anggur untuk dibawa pulang.Terdapat pelbagai varieti anggur seperti black opal,black grape,white malaga dsbnya. Setelah penat melawat ladang anggur ini anda boleh melepaskan lelah dgn berehat dan bersantai di tepian tasik sambil membeli cenderamata dan juga pelbagai produk yang dihasilkan dari anggur yang dijual di Kedai Cenderamata ladang Anggur ini.Kemudahan seperti tandas,gerai makanan,tempat permainan kanak-kanak turut disediakan.Anda juga boleh menaiki bot untuk menjelajah sebahagian daripada kawasan Tasik Beris ini.untuk yang belum pernah berkunjung ke sini cubalah bawa keluarga anda ke sini.Anak anak pasti suka berkejaran melihat buah anggur yang bergantungan menanti untuk dipetik.Selamat Bercuti...

No comments:

Post a Comment